KOTA KINABALU: Kempen “Tiada.Guru” telah dilancarkan untuk menjadi suara bagi semua mangsa yang didiamkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM).
Kempen tersebut mendapat inspirasi dari kes seorang wanita muda dari Kota Belud yang telah menyaman guru Bahasa Inggeris kerana ketidakhadiran ke sekolah selama 7 bulan
Pada akhir 2018, pelajar Siti Nafirah Siman yang ketika itu berusia 18 tahun juga telah mengheret tujuh lagi defendan dari Jabatan dan Kementeran di Mahkamah Tinggi bagi kes kepentingan awam.
Samannya didakwa mempunyai rantaian rumit melibatkan salah guna kuasa di Kementerian
Pendidikan termasuk pemalsuan dokumen bermula daripada gurunya sehingga kepada
Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.
Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa tuduhan Siti Nafirah cukup kuat untuk
perbicaraan penuh yang akan disaksikan oleh dunia (tarikh akan ditetapkan selepas PKPP).

Objektif Kempen Tiada.Guru
Tiada.Guru adalah kempen akar umbi terdiri daripada mangsa sebenar, whistle-blower
dan kumpulan aktivis.
Ia diwakili oleh wartawan dan penyumbang Borneo Speaks Fiqah Roslan dan peguam bela kanak-kanak litigasi kanan Sharmila Sekaran.
Kempen ini bertujuan untuk memastikan keadilan yang bebas, telus, dan pantas dalam tuntutan sivil Mahkamah Tinggi melalui sokongan berterusan akar umbi yang dibina dengan pemahaman
sebenar tentang konteks negeri Sabah, proses litigasi kes Siti Nafirah, Kementerian Pendidikan Malaysia, dan institusi yang sepatutnya menyiasat KPM.
“Ia juga untuk memastikan semua tuduhan jenayah yang dilakukan oleh pegawai KPM dalam kes
Siti Nafirah disiasat dan jika didapati bersalah, mesti diadili sepenuhnya—tidak ada
“double-standard” kepada penjawat awam berjawatan tinggi.”