KOTA KINABALU: Mulai hari ini (Dis 16), para pelanggan yang ingin berurusan di mana-mana pejabat JPN seluruh Sabah perlu membuat tempahan slot janji temu.
Temu janji boleh dibuat melalui laman sesawang JPN di www.jpn.gov.my dan memilih menu Sistem MyJanjiTemu.
“Para pelanggan adalah dinasihatkan supaya merancang masa dengan baik untuk berurusan di mana-mana pejabat JPN dengan mematuhi Standard Operating Procedures (SOP), PKPB yang masih berkuatkuasa.
“Untuk sebarang pertanyaan, para pelanggan boleh menghubungi nombor telefon Pejabat Perkhidmatan Pelanggan (PPP), JPN Sabah di talian 088-488300, 088-488301 atau 088-488365”