Taman-Taman Sabah bakal mendapat pengiktirafan dunia ke-3

KOTA KINABALU: Sabah bakal mendapat pengiktirafan dunia yang ke-3 tahun hadapan selepas pencalonan Taman Kinabalu sebagai tapak geopark UNESCO.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata semenjak lima dekad yang lalu, beberapa buah taman di bawah Taman Taman Sabah telah memperolehi status antarabangsa.

“Antaranya adalah Taman Kinabalu sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada tahun 2000 dan Taman Banjaran Crocker sebagai kawasan teras rizab manusia dan biosfera UNESCO pada tahun 2014.

“Perkembangan terkini, Taman Kinabalu telah sekali lagi diterima sebagai tapak geopark kebangsaan Malaysia dan kini sedang dicalonkan sebagai tapak geopark UNESCO.

“Apabila tercapai pada tahun hadapan, tiga pengiktirafan tertinggi oleh badan dunia UNESCO akan meningkatkan lagi prestij dan status taman-taman kita di negeri Sabah yang bertaraf dunia,”beliau berkata di satu majlis penyampaian watikah pelantikan di SICC.

Terus memberi perlindungan khazanah melalui pewartaan taman

Jafry berkata sejak 56 tahun lalu, Lembaga Taman-Taman Sabah ternyata memainkan peranan penting dalam mengekalkan khazanah, kepelbagaian dan keindahan semula jadi Pulau Borneo di Sabah.

Taman-Taman Sabah kini memiliki sembilan buah taman yang terdiri daripada 3 buah taman daratan dan enam buah taman marin di seluruh negeri.

Kewujudan taman bermula dengan Taman Kinabalu yang diwartakan pada tahun 1964 dan yang terkini adalah Taman Tun Mustapha pada tahun 2016.

Beberapa buah taman marin kini dalam proses cadangan pewartaan iaitu Darvel Bay di Lahad Datu dan Pulau Mantanani di Kota Belud.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.