Warisan budaya wajar dipromosikan sebagai produk pelancongan Sabah

KOTA KINABALU: Sabah menggalakkan untuk industri pelancongan untuk mengetangahkan keunikan warisan budaya pelbagai etnik sebagai produk pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Semulajadi Datuk Jafry Ariffin berkata keindahan warna-warni budaya etnik di Sabah tidak terdapat di mana-mana tempat di dunia.

“Ini menjadikan Sabah sebuah negeri yang unik dan menarik untuk dikunjungi.

“Harapan saya agar barisan ahli lembaga pengarah, lembaga kebudayaan negeri Sabah juga dapat menggabungkan seni budaya dalam industri pelancongan,” beliau berkata di satu majlis penyerahan watikah pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah di SICC.

Jafry berkata beliau yakin sekiranya kebudayaan dapat dimasukkan dalam mana-mana pakej lawatan pelancongan, industri akan berkembang maju sekaligus memberi impak positif yang lebih besar terhadap ekonomi negeri dalam tempoh fasa pemulihan ini.

“Ia antara langkah penting dalam usaha menjadikan negeri Sabah sebagai salah satu destinasi pelancongan bertaraf dunia, di samping mengekalkan seni dan budaya masyarakat yang akan menjadi aset penting dalam industri pelancongan.

“Saya yakin kita mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.”

Walaupun tahun 2020 bukan tahun yang baik untuk sektor pelancongan, namun Jafry berkata kerajaan komited untuk meneruskan pembangunan prasarana termasuk menaik taraf kemudahan pelancongan sedia ada.

“Kita telah berdepan dengan pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan industri pelancongan di Sabah.

“Justeru itu, sumber alam semulajadi yang telah mengalami pemulihan dan tempoh rehat yang panjang seharusnya diurus dengan sebaik-baiknya untuk melonjakkan semula pembangunan sektor pelancongan yang mesra alam dan melibatkan komuniti penduduk tempatan.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.