Community

6 lelaki ditangkap terlibat pergaduhan di restoran Beaufort.

BEAUFORT: Disebabkan perselisihan membeli minuman beralkohol, satu pergaduhan telah berlaku di sebuah restoran di daerah ini semalam.

Ketua Polis daerah DSP Azmir A.Razak berkata punca pergaduhan yang berlaku apabila seorang pelanggan yang telah datang membeli minuman keras di restoran ini bertengkar mulut dengan pemilik restoran.

“Pelanggan ini rasa tidak puas hati apabila menyatakan pemilik restoran ini melayan mereka dengan cara yang kasar semasa mereka mahu membeli 2 karton minum keras dan terjadi sedikit pertengkaran mulut antara pelanggan ini dengan pemilik restoran.

“Kemudian pelanggan ini tadi bersama (03) orang kawan- kawannya itu telah keluar dari restoran dan menyatakan akan datang semula membawa kawan-kawan yang lain untuk memukul pemilik restoran ini,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Pengadu dalam kes ini merupakan kawan kepada pemilik restoran kemudiannya terus membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan beliau dan juga pemilik restoran ini. 

Pihak polis berjaya kawal pergaduhan yang berlaku lebih kurang jam 1140pm

“Pengadu yang cuba meleraikan pergaduahan ini juga turut mengalami sedikit kecederaan di bahagian kepala dan lutut sebelah kanan. Pengadu juga telah diminta untuk membuat rawatan di Hospital Beaufort.”

Polis telah menahan 6 lelaki berumur antara 29 dan 48 tahun dan merampas 5 buah parang, tali pinggang berkepala besi, monitor dan decoder CCTV.

Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.