Community

Pelajar Fakulti Sains UMS teraju baharu MPP Sesi 2020/2021

KOTA KINABALU: Pelajar Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Razman Durhan diangkat sebagai Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UMS bagi sesi 2020/2021.

Razman dipilih melalui satu Mesyuarat Pembentukan Kabinet MPP yang dipengerusikan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin.

Pelajar tahun tiga program Matematik dan Ekonomi itu terpilih selepas mendapat undian sebanyak 5,228 pada Pilihan Raya Kampus yang berlangsung Jumaat lalu.

Turut terpilih mengisi beberapa jawatan dalam MPP ialah Mohd Norraihan Ronne, Timbalan Presiden, Tan Mei Jun, Setiausaha, dan Nur’Ain Mardhiyah Harun, Bendahari.

Baki kabinet MPP selebihnya bakal dimaklumkan oleh pihak MPP dalam masa terdekat.

Raman dalam pada itu memuji usaha Jawatankuasa PRK UMS yang bekerja keras dalam memastikan perjalanan PRK 2020, bermula dari hari penamaan calon, sesi rapat umum PRK, sehingga ke hari pengundian.

“PRK kali ini mencatatkan peratusan tertinggi mengundi iaitu sebanyak 81.05% pelajar menunaikan tanggungjawab membuat pengundian secara dalam talian.

“Pencapaian ini semestinya hadir menerusi daya kepimpinan dan kerja keras semua ahli Jawatankuasa PRK,” katanya

Beliau turut menyeru ahli MPP yang terpilih agar terus melaksanakan agenda kebajikan dan pemerkasaan siswa dengan penuh tekun dan berdedikasi.

PRK pada kali ini diadakan secara atas talian bagi memilih calon pelajar mengisi 10 kerusi umum yang melibatkan tujuh kerusi kampus induk, dua kerusi UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dan 1 kerusi UMS Kampus Sandakan, serta 22 kerusi fakulti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.