Pewartaan Teluk Darvel akan diteruskan.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan teruskan niat untuk pewartaan taman Teluk Darvel bay di Lahad Datu.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata kertas kabinet telah disediakan dan sedang menunggu giliran untuk dibentangkan kepada Jemaah Menteri.

“Kementerian saya melalui Taman-Taman Sabah secara proaktif telah menyediakan Pelan
Pengurusan Taman cadangan tersebut yang dijangka siap pada tahun 2021.

“Pengurusan bagi cadangan pewartaan di Taman Teluk Darvel ini juga telah mempunyai pejabat urus tadbir sementara di Lahad Datu.

“Ini adalah untuk memulakan kerja-kerja asas tadbir urus terutamanya dalam mewujudkan kerjasama dengan pihak-pihak berkepentingan setempat melalui proses-proses konsultasi,” beliau berkata semasa sesi penggulungan bajet 2021.

Jafry menjawab soalan yang dibangkit oleh wakil rakyat Tungku Datuk Assafal Alian berkenaan dengan progress pewartaan taman marin tersebut.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.