ADUN Klias beri penghormatan terakhir mangsa tetak di Beaufort

BEAUFORT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Isnin Aliasnih hadir memberi penghormatan terakhir kepada mendiang, Albert Agang dikediamannya di Kampung Melalugus, pagi tadi.

Isnin yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Sabah turut mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga yang terlibat dan semoga tabah menghadapi situasi yang sukar ketika ini.

Mendiang, Albert Agang disahkan meninggal dunia Selasa lalu akibat parah di kepala akibat ditetak dalam satu kejadian di sebuah restoran di Beaufort pada 18 Disember lalu.

Terdahulu, mendiang meninggalkan seorang balu dan empat anak selepas disahkan meninggal dunia pagi Selasa lalu di Hospital Queen Elizabeth.

Albert parah di bahagian kepala selepas menjadi mangsa tetak dalam satu kejadian rusuhan pada 18 Disember lalu di sebuah restoran di Beaufort.

Sehubungan itu, Isnin berharap supaya pihak berkuasa dapat memberkas pelaku dalam kejadian ini sekali gus menyelesaikan kes itu dengan secepat mungkin.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.