PKPD di dua lokaliti di daerah Ranau.

RANAU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg. Paginatan dan Kg. Maringkan, Ranau bermula 29 Disember 2020 sehingga 11 Januari 2021.

Menurut jurucakap Sabah Covid-19 Datuk Seri Masidi Manjun, MKN Sabah hari ini telah melaporkan situasi peningkatan kes positif COVID-19 di Kg. Paginatan dan Kg. Maringkan, Ranau.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 529 ujian saringan dan sebanyak 89 kes positif COVID-19 telah direkodkan di kedua-dua lokaliti ini.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang melibatkan seramai 865 orang penduduk.”

Masidi berkata SOP PKPD di kedua-dua lokaliti tersebut adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Walau bagaimanapunkelonggaran kepada kedai runcit di kawasan PKPD dibenarkan beroperasi dari jam 6.00 pagi sehingga 6.00 petang, manakala pasar di kawasan PKPD juga dibenarkan beroperasi dua kali seminggu dari jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.

Seorang wakil dari setiap rumah dibenarkan keluar daripada kawasan PKPD dengan kebenaran PDRM khusus untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM/Bank dan membeli keperluan asas atau non-food items.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.