Community

Daging di Sabah “Ok”, kata Menteri Pertanian.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah yakin daging yang diimport adalah dijamin selamat dan halal.

Menteri Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan memberi jaminan daging import yang dipasarkan di negeri ini mematuhi peraturan ditetapkan.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengulas kebimbangan pengguna di Sabah berikutan isu kartel daging yang hangat diperkatakan di Semenanjung di mana kartel mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak diiktiraf sebagai halal di China, Brazil dan Argentina sebelum dibungkus semula dan dijual sebagai daging halal di negara ini.

Walau bagaimanapun, situasi di Sabah berbeza memandangkan negeri ini mempunyai bidang kuasa untuk mengatur import dan eksport haiwan dan produk haiwan mengikut Enakmen Haiwan 2015.

“Sabah juga diberikan status bebas penyakit FMD sejak Mei 2004. Status ini bermakna Sabah akan meletakkan peraturan ketat terhadap import haiwan dan produk haiwan bagi memastikan status bebas FMD itu dikekalkan seperti disarankan OIE,” katanya.

Photo by Lukas on Pexels.com

Katanya, import daging tidak dapat dielak memandangkan negeri ini hanya mampu mengeluarkan daging yang dapat memenuhi kira-kira 10 peratus daripada permintaan tempatan.

“Kerajaan Sabah amat mengambil berat aspek pematuhan peraturan import daging dalam usaha mengekalkan status negeri ini sebagai bebas penyakit kaki, dan mulut (FMD).

Jeffrey Kitingan

“Berikutan itu, katanya Sabah hanya membenarkan import daging dari pengeksport yang berdaftar di bawah senarai rumah sembelihan luar negara yang diluluskan agensi berpusat di negeri ini,” beliau berkata di satu kenyataan.

Agensi yang terbabit termasuk Jabatan Perkhidmatan Veterina Malaysia (DVS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jeffrey juga berkata bahawa negeri tersebut hanya mengimport daging dari negara yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) iaitu negara yang bebas penyakit FMD atau sekurang-kurangnya haiwan itu berasal dari kawasan yang disijilkan bebas FMD oleh OIE di sesebuah negara.

“Ketika ini, kita hanya mengimport daging dari Australia dan New Zealand, selain dari fasiliti khas di Aurandabad, India yang menghasilkan daging kerbau sejuk beku (Allana) untuk memastikan daging yang berkualiti tinggi,”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.