KOTA KINABALU: Polis Sabah mengingatkan orang ramai untuk tidak berkumpul di kawasan am dan taman rekreasi untuk menyambut tahun baru 2021.
Ketua Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata seperti yang dinyatakan oleh menteri kanan Datuk Seri Ismail Sabri, ia masih menjadi larangan untuk berkumpul di mana-mana termasuk pantai-pantai.
Sedia maklum ia telah menjadi budaya orang Sabah untuk bermandi-manda di pantai pada 31 haribulan, walau bagaimanapun, ia menjadi satu kesalahan sekiranya polis mendapati kejadian tersebut berlaku.
Pihak polis akan mengambil tindakan samada memberi kompoun, tangkap atau menyuruh perhimpunan bersurai.
Polis juga telah mengarah seramai 260 pasukan dan kereta peronda di semua daerah untuk memantau keadaan esok.
Pihak Meteorologi juga telah mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat dan angin kuat selaju 40-50 km/j serta ombak yang tinggi.