Menteri JKR kumpul data keadaan jalan raya di Sabah

TONGOD :  Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Dato Sri Bung Moktar Radin meminta semua pejabat daerah di negeri ini berklobrasi bersama  Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah untuk mengumpukan data jala-jalan yang ada di kawasan masing-masing bagi memudahkan Kementerian dapat mengenal pesti jalanraya yang perlu dinaik taraf atau di perbaiki.


Katanya  keperluan data ini penting bagi mengenal pesti sama jalanraya tersebut dimiliki oleh pihak Jabatan Kerjaraya,Kementerian Pembangunan Luar bandar atau pihak Majlis Daerah.

Menurut beliau dengan adanya bank data akan memudahkan pihak kementerian merancang bagi memperoli peruntukan samaada negeri atau persekutuan dan ianya dikendalikan oleh pihak kementerian yang bertanggungjawab membina jalanraya tersebut.

“Terdapat kekeliruan orang ramai membuat aduan apabila berlakunya kerosakan jalanraya dan kementerian yang sering diajukan masalah berkenaaan ialah Kementerian Kerja Raya.

Sedangkan jalanraya tersebut dibawah pengurusan pihak Kementerian Pembangunan Luar bandar  Majlis Daerah atau kalau jalan estet oleh pihak pengurusan estat berkenaan,” katanya ketika dtemui selepas menghadiri program bersama rakyat dan bantuan bakul makanan kepada penduduk di dewan terbuka Pekan Tongod baru-baru ini.

Bung Moktar


Sehubungan dengan itu menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan Bank Data ini perlu bagi mempastikan jalanraya dikendalikan oleh pihak mana dan memudahkan pihak kerajaan meyalurkan peruntukan samaada untuk memperbaiki kerosakan atau menaik taraf jalanraya terbabit.

Menurut Bung perkara ini telah beliau bangkitkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan pihak kementerian Kerja Raya akan berkerjasama dengan pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar termasuk semua Pejabat Daerah bagi membincangkan isu pengwujudkan Bank Data setiap jalanraya di negeri ini untuk ke semua 73 kawasan DUN Sabah.

“Di Sabah ini terdapat beberapa kategori jalan raya yang tidak diberi peruntukan jalan kayu balak, jalan estet, jalan pertanian dan jalan tanah liat sebab itu penting bagi kita membuat satu data berhubung status jalan-jalan di semua 73 DUN di negeri ini ” katanya.


Dalam pada itu, Bung Moktar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag telah memanggil kontraktor-kontraktor jalan yang dipertanggungjawabkan menyelenggar dan memantau jalan raya di negeri ini bagi segera baiki jalan yang mengalami kerosakan akibat faktor cuaca.

“Pihak kontraktor perlu segera baiki jalan yang berlubang dan mengalami kerosakan akibat banjir atau hujan lebat dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna,” katanya.

Bung Moktar turut memberitahu di mana kerajaan telah meluluskan dua jalan raya iaitu Jalan Linayukan-Tongod dan Jalan Pinangah-Tongod.


sebanyak 1123  bantuan bankul makanan telah diagihih-agihkan kepada penduduk  dimana tersebut turut dhadiri bersam  Penolong Pegawai Daerah Tongod Shahruddin Chin, Penyelaras Barisan Nasional Kinabatangan Dato’ Juhari Janan dan pemimpin masyarakat.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.