Jab Imigresen ambil alih pusat tahanan sementera Sabah

Papar : Pengurusan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Negeri Sabah yang dahulunya dikendalikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah berkuatkuasa hari ini.

Pengarah MKN Sabah, Sh. Sitti Saleha Habib Yussof berkata tujuan penyerahan tersebut adalah selaras dengan JIM sebagai pengurus di PTS dari segi aspek perundangan dan kewajipan mematuhi Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang merupakan undang-undang terpakai dalam pengurusan tahanan serta membolehkan institusi ini beroperasi secara sah di bawah akta tersebut.

“Penyerahan pengurusan PTS kepada JIM merupakan satu keputusan yang strategik, di mana pihak JIM merupakan agensi yang berpengalaman dan mempunyai mekanisme yang terbaik dalam menyelaras pengurusan tahanan (pesalah imigrasi) di pusat tahanan,” jelasnya.

Sementara itu, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Samsuni Mohd Nor yang hadir menyaksikan Nota Penyerahan PTS di antara MKN dan JIM Sabah menyatakan pelaksanaan dasar kerajaan itu bagi memastikan penyampaian perkhidmatan khususnya dalam isu pendatang asing di negeri ini dapat ditangani dengan lebih jitu. 

“Pada hari ini, PTS Sabah akan diserahkan secara rasmi daripada MKN kepada JIM Sabah yang dijenamakan selaras dengan Akta Imigresen sebagai Depot Tahanan Imigresen.

“Kita berharap agar isu pendatang asing dapat ditangani dengan lebih baik dan jitu,” ujar beliau kepada media selepas menandatangani plak simbolik penyerahan PTS.

Pada majlis itu, beliau turut menyaksikan Upacara Menurunkan Bendera MKN dan Menaikkan Bendera JIM yang diiringi Pancaragam JIM Sabah dengan kekuatan dua pegawai dan 35 anggota, selain memeriksa kawalan kehormatan jabatan berkenaan./Penerangan- 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.