KOTA KINABALU: Majlis sosial makan malam perayaan Krismas telah menyumbang kluster baru di Sabah yang dinamakan Kluster Lintas Seraya.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata kluster tersebut mencatatkan sebanyak tiga (3) kes menjadikan jumlah
kumulatif 15 kes.
“Kluster ini melibatkan dua (2) daerah iaitu Kota Kinabalu dan
Penampang.
“Kes indeks telah dikenal pasti melalui saringan bergejala dan
melalui siasatan mendapati kluster ini berpunca dari majlis sosial (makan malam
perayaan krismas) di sebuah restoran di Lintas.”
Semalam, satu kluster baharu juga dilaporkan di Daerah Tambunan iaitu
Kluster Batu 8 mencatatkan sebanyak empat (4) kes menjadikan jumlah
kumulatif 52 kes.
Kluster tersebut dikesan berpunca dari aktiviti sosial menuai padi dan sambutan Krismas.