Covid19: Orang awam diwajibkan lapor penganjuran majlis sosial

KOTA KINABALU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah memutuskan bahawa
Penganjuran sebarang aktiviti atau majlis sosial perlu dimaklumkan kepada pihak PKOB daerah masing-masing.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata pemberitahuan aktiviti yang melibatkan perhimpunan orang ramai bertujuan untuk memastikan pemantauan pematuhan SOP yang telah di gariskan oleh pihak berkuasa tempatan.

Beberapa hari ini, Sabah telah merekodkan lebih daripada 300 kes harian dan hari ini, terdapat 383 kes dan lima kematian.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus patuhi SOP dan arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

“Pihak PDRM akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang ingkar pada SOP yang sedang berkuat kuasa dengan mengenakan kompaun RM1000.00 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.