Community

Esscom tingkatkan keselamatan Pulau Mabul

SEMPORNA (5 Jan) – Dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara daripada ancaman luar, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) akan mewujudkan sebuah Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) di Pulau Mabul, Sabah bagi mempertingkatkan lagi tahap keselamatan perairan daerah ini daripada ancaman luar.

Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Dr. Jamaluddin Mohd Ali ketika berucap melancarkan Majlis pecah tanah pembinaan projek FOB Mabul sebentar tadi di tapak FOB Mabul pada isnin berkata projek yang membabitkan peruntukan sebanyak RM41 juta memperlihatkan usaha berterusan pihak kerajaan yang begitu peka dengan keperluan logistik yang lengkap dan kondusif bagi menyokong dan menjayakan operasi-operasi pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah.

Beliau berkata pembinaan FOB Mabul ini merupakan projek perintis ESSCOM dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang akan dijadikan dan bertindak sebagai markas taktikal dalam mengawal dan memantau tahap keselamatan perairan daerah ini khususnya di kawasan Pulau Mabul dan kawasan sekitarnya.

Beliau berkata pembinaan projek FOB Mabul ini bakal disiapkan selama 36 bulan daripada tarikh pecah tanah (4 Januari) iaitu dijangka siap dan diserahkan kepada ESSCOM selewat-lewatnya pada awal Januari tahun 2024.

Dr. Jamaluddin berkata dengan pembinaan FOB di pulau Mabul, ianya akan memberi keyakinan mengenai jaminan keselamatan dan ketenteraman kepada para pelancong yang berkunjung ke daerah ini tanpa sebarang kegusaran mengenai tahap keselamatan mereka daripada ancaman luar.

“Projek FOB ini juga merupakan sebahagian usaha kerajaan dan ia telah membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan lagi keberkesanan pasukan polis dalam memberi khidmat kepada rakyat.

“Projek ini adalah bertepatan dengan hasrat dan kehendak pihak kerajaan yang sentiasa prihatin untuk menyediakan kemudahan logistik dan persekitaran tempat kerja yang begitu selesa bagi seluruh warga pasukan keselamatan khususnya Pasukan Polis Marin”.

“Semoga dengan kemudahan FOB ini akan dapat meningkatkan lagi moral dan tahap kesiapsiagaan pasukan polis marin dan pasukan keselamatan yang lain bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan ancaman keselamatan di sempadan perairan negara khususnya di pantai timur Sabah”.

“Saya percaya projek ini bakal menjadi nadi kepada jaminan keselaamatan dan ketenteraman awam di ESSZONE. Selain itu, pembinaan FOB ini bakal menjana pembangunan sosioekonomi penduduk di daerah amnya dan kepada masyarakat di Pulau Mabul khasnya”, katanya.

Beliau menyeru kepada kepada seluruh masyarakat di daerah ini agar terus berganding bahu dengan pasukan keselamatan dalam membanteras sebarang kes jenayah bagi menjana kesejahteraan di kawasan pantai timur Sabah.

“Masyarakat ESSZONE perlu membantu pasukan keselamaatan terutamanya dengan menjadi “mata dan telinga” pasukan keselamatan teramsuk melaporkan sebarang jenayah yang melanggar undang-undang negara seperti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) kepada pasukan keselamatan yang berhampiran untuk tindakan segera. Kerjasama anda amat penting dalam membanteras sebarang anasir luar yang cuba mengganggu gugat kestabilan dan keamanan negeri ini”, katanya.

Turut hadir YDH ACP Ahmad Ariffin Komander Marin Wilayah 4 Sabah, dan DSP Mohamad Ismail ,Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Semporna.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.