Education

Persiap minda tempoh cabaran 2021

KOTA KINABALU: Naib Canselor Universiti Malaysia Sabab (UMS), Prof. Datuk ChM. Dr. Taufiq Yap Yun Hin menyeru warga UMS khususnya agar mempersiapkan minda, sikap dan diri untuk lebih bersedia menghadapi situasi ekonomi dan sosial yang masih dibelenggu ketidak pastian kerana ancaman COVID-19.

Katanya, persepsi “business as usual” bukan lagi menjadi pilihan, sebaliknya kakitangan UMS perlu lebih kreatif dan inovatif dalam melakukan kerja seharian agar kualiti penyampaian perkhidmatan akan tetap terjamin dan dipertingkatkan walaupun dihimpit berbagai kekangan. 

“Untuk itu, UMS akan sentiasa berusaha menambah baik dan mempertingkatkan infrastruktur teknologi maklumat yang menjadi pemacu strategik kepada kecemerlangan penyampaian perkhidmatan universiti.

VC UMS

“Ini sebagai menyokong transformasi perkhidmatan dan penyampaian maklumat yang lebih segera beradaptasi dengan norma baharu yang kita amalkan. 

“Di samping itu, pengurusan UMS juga akan melaksanakan beberapa perancangan dan inisiatif berkaitan dengan pelan kelestarian sumber manusia bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan produktiviti kakitangan UMS, sejajar dengan Pelan Strategik UMS untuk mencapai visi dan misi Universiti serta menjadikan UMS kekal relevan dan terus memberikan sumbangan signifikan sebagai “universiti untuk masyarakat”,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Perutusan Tahun Baharu 2021 yang disiarkan secara langsung di laman Facebook rasmi UMS.official dan saluran YouTube UMS Net.

Taufiq turut optimis bahawa UMS akan terus melakar kejayaan bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah antarabangsa, dan akan terus memberikan manfaat kepada negara, negeri dan masyarakat.  

“Adalah menjadi harapan saya agar warga UMS akan terus mengukuhkan hubungan kerjasama dan ukhuwah demi kecemerlangan universiti. 

“Kita juga perlu terus menerap dan mempertingkatkan amalan nilai teras UMS iaitu Dinamik, Lestari, Integriti, Keadilan dan Kebahagiaan dalam diri kita,” katanya. 

UMS releven sebagai IPTA menangani wabak

Taufiq dalam pada itu turut menyingkap kembali tahun 2020 yang penuh getir dengan cabaran dan kekangan akibat COVID-19 berkata, cabaran-cabaran tersebut telah menunjukkan bagaimana relevannya UMS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan untuk membantu kerajaan dan masyarakat dalam menghadapi wabak tersebut. 

“Sumbangan UMS dapat dilihat melalui pelbagai inovasi dan kreativiti warganya seperti penghasilan peralatan pelindung peribadi atau PPE termasuk cecair pensanitasi tangan – COVINIZER, dan alat pelindung muka – COVI-Pro; serta kemudahan seperti COVID Sampling Chamber dan COVID Sanitation Tunnel, yang dihasilkan oleh para saintis dan jurutera UMS.  

“Kesemua PPE itu telah disumbangkan kepada para petugas barisan hadapan seperti hospital, klinik kesihatan daerah dan pasukan keselamatan, serta kepada pelajar dan kakitangan UMS.  

“Para pensyarah dan penyelidik UMS juga telah membantu masyarakat yang terkesan oleh COVID-19 seperti kejayaan membantu para petani tomato di daerah Ranau memproses hasil pertanian mereka dan mengelakkan kerugian,” katanya.

Fasiliti makmal penyelidikan UMS juga kata Taufiq telah dimanfaatkan untuk membantu kerajaan negeri dalam menghadapi penularan COVID-19.  

“Makmal Biokeselamatan Tahap 3 (BSL3) yang terletak di Institut Penyelidikan Bioteknologi UMS (IPB) merupakan salah sebuah makmal universiti awam yang telah dimanfaatkan untuk tujuan melakukan ujian saringan sampel bagi mengesan COVID-19. 

“Bersama kemudahan makmal di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Hospital UMS, UMS telah melaksanakan lebih 4000 ujian saringan COVID-19 yang membantu kerajaan negeri mempercepatkan tempoh keputusan ujian saringan COVID-19 khususnya di Sabah,” kata Taufiq. 

Mengakhiri perutusannya, Taufiq berharap tahun baharu 2021 ini akan disambut dengan satu semangat baru dan niat yang positif serta iltizam untuk mencipta lebih banyak kejayaan di sebalik mengharungi cabaran yang bakal mendatang.

Taufiq menyeru warga UMS persiap minda, sikap dan diri hadapi cabaran tahun 2021 yang masih dibelenggu ketidak pastian kerana ancaman COVID-19.

Sekian. 

Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat

Universiti Malaysia Sabah

7 JANUARI 2021

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.