Rakyat Sabah tenang, tiada “panic buying”.

KOTA KINABALU: Tidak ada pembelian luar biasa oleh pengguna dikesan berlaku di premis-premis perniagaan sejak semalam.

Menurut pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sabah Georgie Abas bekalan barangan juga mencukupi di Sabah.

“Pejabat KPDNHEP Sabah sentiasa memantau bekalan barangan keperluan asas termasuk barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac tahun 2020 sehingga kini di mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat masih lagi berkuatkuasa sehingga 14 Januari 2021 di Sabah. 

“Seramai 200 orang pegawai penguat kuasa dan 90 pegawai pemantau harga di seluruh cawangan KPDNHEP Sabah terlibat di dalam tugas-tugas pemantauan ini. KPDNHEP Sabah juga akan terus memastikan peniaga-peniaga mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan melalui pemeriksaan harian yang dilaksanakan,” beliau berkata di satu kenyataan media.

KPDNHEP Sabah turut melantik 170 peruncit daerah terpilih dan 89 pemborong daerah terpilih di seluruh Sabah bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di Sabah.

Kedudukan bekalan barang keperluan asas berdasarkan peruncit dan pemborong yang dilantik di setiap daerah di Sabah ini akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas di daerah-daerah berkenaan.

Semasa PKPB yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2021 hingga 14 Januari 2021, KPDNHEP Sabah telah mengaktifkan bilik gerakan di seluruh cawangan untuk menerima sebarang aduan dan pertanyaan khususnya berkaitan dengan bekalan dan harga barangan.

Bilik gerakan pejabat KPDNHEP Sabah di Kota Kinabalu beroperasi setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam manakala bilik gerakan di pejabat cawangan beroperasi dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Berikut adalah nombor-nombor telefon Bilik Gerakan KPDNHEP Sabah:

  1. Kota Kinabalu    :    088-484368
  2. Sandakan        :    089-668107
  3. Tawau        :     089-776690
  4. Beaufort          :    087-222240
  5. Keningau          :    087-338401
  6. Kudat          :    088-615311
  7. Tuaran          :    088-787822
  8. Lahad Datu          :    089-886090
  9. Semporna          :    089-782855

“Kedudukan bekalan barangan keperluan asas dan barang kawalan yang mencukupi, pengguna dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik.

“Semua peniaga di negeri ini juga diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan berikutan penularan jangkitan COVID-19 ketika ini.

“Peniaga yang didapati menaikkan harga barang secara tidak berpatutan akan diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang aduan ke sembilan (9) saluran aduan pengguna yang disediakan.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.