Kerajaan Sabah perlukan idea rakyat untuk hala tuju SABAH MAJU JAYA

KOTA KINABALU: Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) Kerajaan Negeri Sabah kini di peringkat ketiga, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

“Hari Terbuka atau Open Day Libat Urus: Hala Tuju SMJ bertujuan untuk mengumpul maklum balas daripada semua pihak yang berkepentingan.

“Ia termasuklah golongan pelajar bagi memastikan SMJ benar-benar memenuhi aspirasi rakyat, merangkumi semua golongan dan kategori,” jelas beliau dalam Majlis Hari Terbuka sesi Libat Urus Hala Tuju Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (Pelan SMJ) 2021-2025.

Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan tanpa hala tuju atau matlamat yang jelas. 

Beliau turut mengatakan bahawa kerajaan negeri tidak akan dapat berfungsi dengan baik dan berkesan tanpa hala tuju atau matlamat yang jelas. 


“Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mempunyai satu hala tuju yang komprehensif, hala tuju yang holistik dan hala tuju yang menjadi keutamaan kita dalam mengurus dan mentadbir negeri.

“Ini boleh menyebabkan kegagalan dalam pentadbiran kerana matlamat atau keutamaan tidak dijelaskan dan pembangunan tidak dititikberatkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menyeru semua anggota perkhidmatan awam agar mengambil berat, memandang serius, serta memberikan kerjasama dan komitmen bagi menjayakan pelan pembangunan tersebut. 

Beliau juga berharap majlis tersebut akan mencapai sasarannya sebagai persediaan sebelum memasuki langkah keempat Hala Tuju SMJ./Penerangan-

Sekiranya ada sebarang idea untuk disumbang, bolehlah klik pautan ini https://www.sabahmajujaya.my/borang

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.