Kapal nelayan di Kudat dirampas

KUDAT, 14 Januari 2021: Pasukan Polis Marin Kudat telah berjaya menahan sebuah  kapal nelayan tempatan selepas dikesan melanggar syarat lesen di kawasan Laut Tanjung Kapor awal pagi ini. 

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat ASP Rizauddin Selamat berkata tangkapan tersebut dibuat semasa bot ronda menjalankan rutin dan mengesan sebuah kapal nelayan tempatan yang menangkap ikan menggunakan pukat mata keroncong.

“Sebuah kapal jenis pukat tunda yang dijuragani  oleh seorang lelaki berumur 41 tahun bersama 5 krew beserta hasil tangkapan.

“Hasil tangkapan termasuk ikan pelbagai jenis dengan anggaran berat keseluruhan 750 kilogram dengan nilai anggaran mata wang sebanyak RM 5700.00 telah ditahan dan dibawa  ke pangkalan Pasukan Polis Marin Kudat untuk diambil keterangan dan siasatan lanjut.

“Nilai keseluruhan rampasan dan kompaun beserta 2 gulung pukat keroncong dianggarkan bernilai RM 9200.00,” beliau berkata di satu kenyataan media.   

Tangkapan dan rampasan dibawa ke pangkalan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Perikanan 1985.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.