PENAMPANG: Polis menyeru waris kepada mangsa yang ditemu terapung di sungai Kampung Tuavon untuk untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata mayat lelaki tersebut dijumpa dua sekeluarga yang memancing di jambatan gantung berdekatan sungai berkenaan pada 4.30 petang tadi.
Pemancing terbabit dikatakan terlihat sesuatu benda hanyut yang kelihatan seperti manusia dan menariknya ke tepi sungai dengan menggunakan tali pancing dan membuat laporan polis.
Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada kesan kecederaan pada mayat dan mangsa dipercayai lemas.
“Polis percaya mangsa berusia lingkungan 30-an namun identiti mangsa masih belum diketahui”