Siasatan meminum alkohol di PKRC Sabah masih dijalankan

KOTA KINABALU: Pihak berkuasa masih lagi menyiasat video tular yang menunjukkan sekumpulan individu meminum minuman keras di sebuah Pusat Kuarantin dan Rawatan Risiko Rendah COVID-19 di Kota Kinabalu.

Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Jabatan Kesihatan Negeri dan polis tidak menolak kemungkinan bahan minuman keras tersebut dibawa sendiri atau dibantu oleh kakitangan yang bertugas.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah memandang serius terhadap perkara ini dan jika terdapat bukti bahawa kakitangan jabatan turut terlibat.

“Tindakan tatatertib boleh dikenakan selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U. (A)395].

“Pengurusan PKRC yang terlibat telah memulakan pemeriksaan mengejut ke atas beg pesakit yang dibawa masuk ke PKRC bagi mengelakkan perkara yang sama berulang,” beliau berkata semasa sidang media. 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.