KOTA KINABALU: Seramai 36 pelajar SPM dan STPM telah disahkan dijangkiti COVID-19
melalui saringan COVID-19 sebelum memasuki asrama sekolah.
Menurut jurucakap Covid-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata pelajar-pelajar tersebut dibenarkan balik ke asrama mulai Jan 16.
Difahamkan ujian saringan tersebut ,bermula Jan 16 sehingga 20, dijalankan oleh pihak kerajaan negeri bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri. Keputusan saringan didapati dalam masa tiga jam.
“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah telah menyediakan perkidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.
“Pelajar-pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian.”
Sementara itu, pengarah Pelajaran Negeri Datuk Mistirine Radin memberi jaminan bahawa pelajar yang dijangkiti Covid-19 tidak akan dibenarkan berada di asrama sekolah.
Pada hari ini, terdapat 33,503 pelajar SPM dan 17,791 STPM dijangkakan hadir ke sekolah-sekolah.