Community

Polis panggil 8 individu berhubung kes minum arak di pusat kuarantin

Polis akan memanggil beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes minum arak di sebuah pusat kuarantin, di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU, 20 Januari 2020: Polis akan memanggil beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kes minum arak di sebuah pusat kuarantin, di sini.

Ketua polis daerah Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihak polis telah mengenal pasti individu-individu yang terlibat berdasarkan video yang telah tular sejak Sabtu lalu.

“Kita telah buka kertas siasatan dibawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. Polis kini menyiasat perkara ini dan akan memanggil suspek-suspek dalam masa terdekat, mungkin hari ini,” katanya kepada pemberita.

Menurut Habibi, terdapat lapan orang yang terlibat dalam kes minum arak berdasarkan gambar yang telah tular. Mereka adalah dua perempuan dan enam lelaki.

Video yang tular.

Baru-baru ini, sebuah rakaman video berdurasi 12 saat menunjukkan sekumpulan individu meminum bir di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah.

Video tersebut telah menimbulkan kemarahan dan kritikan di kalangan netizen.

Ada yang mengatakan tingkah laku kumpulan itu seolah-olah tidak menghormati petugas barisan hadapan dan pesakit-pesakit lain yang dirawat di pusat tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.