Community

Flyover Hilltop akan dibaiki segera

Kenyataan akhbar Kementerian Kerja Raya Sabah

KOTA KINABALU, 20 Januari 2021: Jejambat ( Flyover) Hilltop Luyang yang mengalami keretakan akan diperbaiki segara oleh syarikat konsesi yang diberikan tangungjawab oleh kerajaan menyelanggara jalan berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Dato Sri Bung Moktar Radin memberi tahu kerja-kerja penyelanggaran ini akan dilakukan oleh syarikat konsesi yang menyelangara jalan ini disebabkan syarikat yang membina jejambat tersebut telah pun menyerahkan kepada kerajaan sebelum ini setelah kerja kerja pembinaan disiapkan sepenuhnya dan boleh digunakan

“ Setakat ini jalan ini masih boleh dilalui oleh kenderaan,bagaimana pun kita menutup sebelah lorong atas dan bahagian bawah untuk tujuan keselamatan pengguna selain memasang papan tanda amaran” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan mengejut bagi meninjau keratakan yang berlaku di jejabat tersebut petang kemarin.

Turut serta dalam lawatan tersebut Setiausaha Tetap Kementerian Kerja Raya Sabah Mohd Jasmin Julpin, Pengarah Jabatan Kerja Raya Ali Ahmad Hamid, pegawai pegawai kanan kementerian serta wakil dari syarikat konsesi.

Bung menambah selain faktor hujan berterusan keretakan berlaku disebabkan dua struktur yang berbeza dan di bawah jejambat tersebut terdapat perparitan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)

“Kerja-kerja pembaikan ini perlu dilakukan segara bagi meredakan kebimbangan orang ramai khususnya pengguna jalan raya selain untuk tujuan keselamatan agar kerosakan yang sediada tidak melarat.

Ketika diminta mengulas isu jumlah keruntuhan jalanraya yang berlaku di negeri ini ekoran kesan dari hujan lebat yang berterusan, Bung berkata pihak Kementerian Kerja Raya sedang mengumpul data tersebut dan tidak menolak lebih dari 10 batang jalan raya mengalami keruntuh ekoran faktor hujan lebat yang berterusan sejak minggu lepas.

“ Kita sedang mengumpulkan data berkenaan dan kita juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku lagi beberapa keruntuhan jalanraya sekiranya hujan lebat berterusan “ jelas Bung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.