KENINGAU: Sekumpulan pelajar SPM di SMK Tulid telah dihantar untuk saringan dan kuarantin di IPG Keningau.
Difahamkan melalui satu mesej tular yang dikirim oleh PIBG SMK Tulid bahawa pelajar-pelajar hostel tersebut dibawa oleh pihak kesihatan menggunakan lori APM ke IPG untuk Covid-19.
“BEBERAPA PELAJAR AKAN DIBAWA OLEH PIHAK KESIHATAN MENGGUNAKAN LORI APM KE IPG UNTUK SARINGAN COVID-19 KERANA BERGEJALA/CONTACT RAPAT DAN DENGAN SALAH SEORANG GURU YANG MENGAJAR DI SMK TULID DAN DISAHKAN POSITIF COVID-19.”
Mesej tersebut juga disertakan dengan gambar-gambar dan senarai pelajar yang akan dibawa ke pusat kuarantin.
Sebelum ini, dilaporkan terdapat 36 kes positif melibatkan saringan pelajar SPM/STPM yang kembali ke hostel sepanjang Jan 16 sehingga Jan 20.