58 pelajar SPM/STPM Sabah disahkan positif.

KOTA KINABALU: Seramai 58 pelajar SPM/STPM telah disahkan positif Covid-19 setakat 24 Januari.

Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata kesemua kontak rapat pelajar-pelajar ini telah dikenalpasti dan diasingkan di pusat kuarantin daerah masing-masing.

Setakat 24 Januari 2021, daerah-daerah berikut telah mendaftarkan kes COVID-19 melalui saringan
bersasar ke atas pelajar-pelajar sebelum memulakan sesi persekolahan adalah seperti berikut:

1. Sandakan 10
2.Lahad Datu 7
3.Semporna7
4.Tawau6
5.Kalabakan4
6.Kota Marudu4
7.Kudat4
8.Kinabatangan3
9.Ranau3
10Telupid2
11.Tongod2
12Beaufort1
13keningau`
14Kota Belud1
15Kunak1
16Papar1
17Pitas1

Perkembangan kes COvid-19 di SMK Tulid

Setakat 25 Januari 2021, terdapat seorang guru dan seorang pelajar yang didapati positif
daripada SMK Tulid, Sook.

“Kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di PKRC Keningau.

“Susulan daripada ini, 64 orang telah dikenalpasti sebagai kontak rapat dan mereka semua telah dikuarantin di IPG Keningau.

“Hasil siasatan awal menunjukkan kebarangkalian jangkitan ini merupakan jangkitan komuniti dan bukan jangkitan di sekolah.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah juga ingin mengingatkan para guru dan warga sekolah supaya sentiasa peka terhadap tahap kesihatan masing-masing dan berjumpa doktor untuk menjalani ujian saringan sekiranya bergejala.”

Masidi Manjun.

Masidi juga berkata hasil daripada tindakan pantas yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Keningau, semua kontak rapat yang berisiko telah dikenalpasti dan diasingkan daripada guru- guru dan pelajar-pelajar yang lain.

Dengan yang demikian, aktiviti disinfeksi setempat telah dilakukan pada 24 Januari 2021, dan tidak ada keperluan untuk membuat penutupan sekolah.

“Sesi persekolahan dibenarkan berjalan seperti biasa dengan pematuhan SOP yang ketat.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.