SOP masih perlu dipatuhi selepas vaksin- Pakar UMS

KOTA KINABALU: Individu yang bakal menerima Vaksin COVID-19 kelak masih perlu mematuhi proseduroperasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
walaupun selepas menerima dua dos suntikan tersebut.

Pakar Perunding Perubatan Keluarga dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Madya Dr Mohd Nazri Mohd Daud berkata, ini penting untuk menjamin keselamatan diri dan orang sekeliling.

“Vaksin yang disuntik adalah bagi mengaktifkan sistem imuniti dalam badan untuk melawan
atau mencegah penyakit, sekali gus mampu membendung penularan penyakit.

“Walaupun data ujian klinikal menyatakan hampir 95% keberkesanan vaksin tersebut
terhadap virus COVID-19, namun adalah lebih baik sekiranya SOP terus dipatuhi kerana virus
COVID-19 sesuatu yang baru dan kompleks, dan masih memerlukan kajian serta
pengumpulan data jangka panjang untuk dibendung secara berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan topik “Vaksin COVID-19” dalam Siri
Pendidikan dan Kesihatan COVID-19 yang disiarkan secara dalam talian langsung melalui
laman Facebook rasmi UMS.Official dan saluran YouTube UMS.Net baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, kata Nazri masyarakat terutama golongan yang terdedah kepada
risiko jangkitan COVID-19 amat digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19 apabila vaksin
tersebut boleh didapati di Malaysia kelak.

“Walaupun penghasilan vaksin dalam tempoh singkat, vaksin yang diperoleh dari syarikat
seperti Pfizer dan BioNTech telah menjalani ujian pra-klinikal dan tiga fasa klinikal dan hasil
pengumpulan data menunjukkan keberkesanan yang tinggi terhadap vaksin tersebut.

“Vaksin ini perlu kerana sekiranya tiada vaksin masyarakat akan hidup dalam situasi
pandemik dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

Ujar Nazri, empat kategori golongan yang perlu diutamakan bagi pengambilan vaksin, iaitu
petugas barisan hadapan, warga emas, individu yang mempunyai sejarah penyakit-penyakit
tertentu seperti penyakit kronik, kencing manis dan sebagainya, dan mereka yang
memerlukan lebih perlindungan seperti ibu mengandung atau ibu yang menyusukan anak.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.