KOTA KINABALU: Pemimpin-pemimpin Sabah akur dengan keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia samada mereka akan diberi keutamaan dalam pemberian vaksin Covid-19.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata seharusnya frontliners wajar diberi vaksinasi Covid-19 kerana berisiko tinggi semasa bertugas di lapangan.
“Walau bagaimanapun, sekiranya ahli dewan undangan negeri dan MPs di Sabah dilihat sebagai perlu diberi keutamaan disebabkan tugas yang memerlukan untuk buat lawatan, maka kami akan terima,” beliau berkata di satu sidang akhbar secara maya.
Masidi juga berkata semasa bekalan vaksin itu tersedia, seramai 39,100 frontliners dijangkakan akan diberi imunisasi tersebut.