Empat sekolah di Sandakan diarah tutup

SANDAKAN: Empat sekolah di Sandakan telah diarah tutup untuk tujuan bermulanya atau merebaknya pengawalan penyakit berjangkit.

Terdapat empat notis perintah tutup premis yang telah tular di sosial media bertarikh Jan 27 dan Jan 28.

Antara sekolah-sekolah yang terjejas adalah SMK Perempuan, SMK Batu Sapi, SMK Elopura Bestari, dan SM St Mary.

Masidi Manjun

Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun: “Punca penutupan adalah apabila terdapat beberapa orang pelajar dan guru yang telah didapati positif COVID-19 setelah menjalani ujian saringan.

“Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan telah mengarahkan tindakan penutupan sekolah selama 10 hari untuk menjalankan kerja-kerja sanitasi dan membendung penularan COVID-19 di sekolah.

“Dalam tempoh 20 hingga 26 Januari 2021, seramai 10 orang pelajar dan 4 orang guru telah disahkan dijangkiti COVID-19, iaitu 1 orang guru di SM St Mary Sandakan, 7 orang pelajar asrama, 1 orang pelajar luar, dan 2 orang guru di SMK Elopura, 1 orang guru dan 1 orang pelajar di SMK Batu Sapi, dan 1 orang pelajar di SMK Perempuan Sandakan.”

Bagi murid yang tidak dijangkiti, sesi pdpr berjalan seperti biasa iaitu melalui pembelajaran dalam talian dan menggunakan modul pembelajaran bercetak yang telah disediakan oleh guru masing-masing. 

Selain empat sekolah tersebut, belum ada sekolah lain di Sabah yang diarahkan tutup untuk membendung penularan COVID-19 di kalangan pelajar.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.