Community

Penubuhan Suruhanjaya Air sedang dikaji

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah sedang membuat kajian di semua peringkat dalam usaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Air yang dicadangkan kepada Kabinet negeri.

Bung Moktar melawat beberapa kawasan dibawah DUN Karambunai

Menterinya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kajian itu dilakukan secara menyeluruh termasuk dari segi perundangan dan di peringkat kerajaan tempatan.

“Ia dalam proses membuat kajian di semua peringkat termasuk kajian undang-undang, kajian kerajaan tempatan dan sebagainya.

“Telah dimaklumkan (di peringkat kerajaan Negeri), sebab itu kita menjalankan kajian secara terperinci dan menyeluruh dan apabila tiba masanya, Insya-Allah akan dibawa ke Dewan Rakyat,” katanya kepada pemberita selepas lawatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung perkembangan penubuhan Suruhanjaya Air yang dikemukakan kepada Kabinet sebelum ini.

Bung Moktar yang juga Menteri Kerja Raya melawat jalan raya yang perlu diselengara di kawasan DUN Karambunai

Mengulas berhubung lawatannya itu, Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, masalah yang dihadapi penduduk di sekitar kawasan DUN itu akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya dapati antara masalah yang dihadapi adalah jalan raya yang tidak diselenggara berpuluh tahun, masalah perparitan yang tersumbat, masalah setinggan, kecurian air dan elektrik.

“Di Bandar Sierra ini, salah satunya antara yang viral di media sosial dan mereka memerlukan bekalan air,” katanya.

Bung Moktar berkata, pemaju di kawasan itu gagal menyediakan tempat penyimpanan untuk membekal air kepada penduduk setempat.

“Bekalan air di sini cukup tetapi tempat penyimpanan tidak cukup.

“Kita tidak tahu jika ada masalah dalaman dan kita minta wakil rakyat di sini, Datuk Yakub Khan untuk berhubung dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Tambah beliau lagi, bagi masalah lain yang dihadapi seperti masalah perparitan dan jalan raya juga turut dimaklumkan kepada jabatan berkaitan untuk diselesaikan segera.

“Kita juga meminta pihak DBKK berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk melihat kampung yang mengalami masalah banjir, hujan dua jam terus tenggalam, ini pun masalah juga.

“Berhubung jalan raya, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan dengan pegawai-pegawai dibawahnya dan akan menghantar pasukannya untuk meneliti cadangan penduduk bagi memastikan jalan diselenggara,” katanya.

Terdahulu, Bung Moktar berkata, lawatan seperti itu akan dilakukan di seluruh Sabah bagi menyelesaikan masalah rakyat Sabah.

“Kita mahu selesaikan segera dan jika selesai, maka selesailah masalah rakyat. Rakyat sudah lama tidak dapat menikmati bekalan air yang lebih baik dan saya minta semua pihak lebih proaktif,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.