Community

Kempen derma darah di Inanam

Kota Kinabalu: Kesedaran berhubung kekurangan bekalan darah di hospital menimbulkan rasa tanggungjawab untuk membantu dengan menganjurkan kempen derma darah di pekan Inanam, Ahad ini.

Kempen yang dianjurkan bersama gabungan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Inanam itu akan diadakan di Tugu Peringatan Inanam bermula jam 9 pagi hingga jam 3 petang.

Pengerusi Penganjur kempen Datuk Wong Thien Fook berkata, kempen derma darah yang diadakan itu adalah dengan kerjasama Persatuan Thalassaemia Sabah, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Kota Kinabalu, Persatuan Penderma Darah Sabah (Pendarah) dan Hospital Queen Elizabeth.

Katanya, ia bukan saja dapat memberi kesedaran awam tetapi juga membantu mengurangkan masalah kekurangan tabung darah di hospital.

“Kita menerima makluman bahawa bekalan darah di hospital mengalami kekurangan sejak akhir-akhir ini dipercayai berikutan penularan pandemik Covid-19.

“Walaubagaimanapun, kita tidak boleh berdiam diri kerana jumlah mereka yang memerlukan bekalan darah difahamkan amat tinggi ketika ini,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Wong berkata, walaupun menyedari pergerakan masyarakat sangat terhad tetapi beliau amat menggalakkan orang ramai untuk tampil menderma darah.

“Kita sedar cabaran ketika pandemik Covid-19 adalah untuk menjaga keselamatan setiap penderma, namun langkah sepatutnya sudah diambil bagi memastikan proses ini berjalan lancar.

“Mungkin kita tidak dapat membantu kesusahan orang dengan wang ringgit, tetapi dengan adanya program derma darah ini, sudah pasti kita memberi kesihatan kepada orang yang memerlukan,”katanya.

Sehubungan itu, Wong berkata, pihak gabungan KRT Inanam mengalu-alukan masyarakat kawasan sekitar untuk datang menderma darah.

“Namun kita perlu menuruti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya semua kita selamat daripada jangkitan Covid-19,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.