Maritim Sabah patahkan kegiatan bom ikan dekat Pulau Gaya

Kenyataan akhbar Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia

KOTA KINABALU, 3 Februari 2021: Bot peronda Maritim Negeri Sabah telah berjaya mematahkan satu aktiviti cubaan mengebom ikan di sekitar 0.05 batu nautika barat Pulau Gaya, pada 5.50 petang semalam.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, bot peronda Maritim yang sedang melaksanakan Operasi Sejahtera dan Operasi Naga Timur di sekitar perairan Kota Kinabalu telah mengesan sebuah bot pam yang dilihat mencurigakan berada berhampiran Pulau Gaya.

“Sebaik mereka menyedari kehadiran pihak berkuasa, empat kru bot pam tersebut bertindak terjun ke laut melarikan diri dengan berenang ke daratan berhampiran,” jelas Rosli.

“Pemeriksaan anggota penguat kuasa ke atas bot pam tanpa nombor pendataftaran yang ditinggalkan itu, terdapat kira-kira 200 kilogram ikan pelbagai jenis serta menemui peralatan bahan letupan yang disyaki digunakan untuk mengebom ikan.

“Bot pam dan kesemua barang rampasan dibawa masuk ke Jeti Maritim Kota Kinabalu, Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” tambahnya.

Gambar kredit Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Negeri Sabah
Gambar kredit Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Negeri Sabah

Menurut beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 26 Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan menggunakan bahan letupan, racun dan sebagainya.

Jika didapati bersalah, boleh dikenakan denda di bawah seksyen 25(a) tidak melebihi RM6 juta setiap orang dalam hal pemunya atau nakhoda dan RM600 ribu bagi setiap kru.

Manakala denda yang boleh dikenakan untuk warganegara di bawah seksyen 25(b) adalah tidak melebihi RM 20,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

“Aktiviti mengebom ikan ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang laut negara malah memberi kesan buruk terhadap ekosistem laut kerana boleh memusnahkan batu karang yang menjadi habitat kepada ikan -ikan kecil dan kehidupan marin yang lain,” ujar beliau.

“Selain kemusnahan ekosistem laut, aktiviti ini juga boleh menyebabkan kecederaan dan kematian kepada si pelaku dan mereka yang sedang melakukan aktiviti menyelam,” katanya.

Gambar kredit Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia Negeri Sabah

Rosli turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia akan terus melakukan operasi dan risikan bagi membanteras aktiviti bom ikan ini. Selain itu tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak atau individu yang mendalangi aktiviti tersebut.

Maritim Malaysia mohon kerjasama daripada komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti bom ikan yang berlaku dipersekitaran perairan Kota Kinabalu ditalian Pusat Operasi MN Sabah 088-387774.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.