Misteri kematian babi hutan: Elakkan membeli haiwan daging buruan

Kenyataan akhbar Jabatan Hidupan Liar

KOTA KINABALU, 4 Februari 2021: Orang ramai dinasihatkan untuk mengelak dari membeli daging haiwan buruan selepas kejadian babi hutan ditemui mati.

Menurut Pengarah Jabatan Hidupan Liar Augustine Tuuga, mereka telah menerima laporan secara berperingkat di mana 29 ekor babiI ditemui mati di di daerah Kinabatangan dan 5 ekor babi hutan ditemui mati di daerah Sugud dan Paitan dari 28 Januari sehingga 04 Februari 2021.

Gambar kredit Jabatan Hidupan Liar

“Secara keseluruhan jumlah babi hutan yang temui mati sehingga kini adalah 34 ekor.

“Berikutan dengan penemuan bangkai-bangkai babi hutan ditemui mati dalam hutan di daerah Kinabatangan, Sugut dan Paitan, Jabatan PerkhidmatanVeterinar dan Jabatan Hidupan Liar telah melancarkan usaha mengenalpastipunca kematian babi hutan,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Augustine berkata pemantauan masih dijalankan oleh jabatan bagi melihat keadaan sekiranya terdapat kes kematian baharu.

Senubungan dengan itu, pinak Jabatan Hidupan Liar ingin menasinati orang awam untuk tidak membeli daging haiwan buruan seperti babi hutan atau hidupan Iiar lain buat sementara waktu seningga punca Kkematian ini dapat dikenalpasti sepenunnya.

“Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini masih dikuatkuasakan,Jabatan Hidupan Liar juga tidak mengeluarkan apa-apa lesen memburu.

“Jabatan Hidupan Liar juga menasihatkan orang, agar tidak melakukan pemburuan haram kerana la bukan sanaja menyalahi undang-undang tetapi juga akan mengundang bahaya kepada keluarga sekiranya terdapat jangkitan penyakit hidupan liar yang telan menyebabkan kematian babi hutan
berkenaan.”

Gambar kredit Jabatan Hidupan Liar

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.