Mahasiswa mahu pencerahan tarikh pulang ke kampus.

KOTA KINABALU: Pengumuman terbaru lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Malaysia telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ramai mahasiswa.

Presiden Suara Mahasiswa Mohd Izzat Dahelan berkata pengumuman tersebut merisaukan kerana ia akan memberi kesan kepada status kepulangan mahasiswa ke kampus seperti yang dinyatakan akan berlangsung pada awal Mac 2021.

“Oleh itu, kami menuntut agar diberikan jaminan berkaitan kepulangan mahasiswa ke kampus pada Mac 2021 secara jelas.

“Bagi mengelak masalah yang sudah berlaku sebelum ini, hal ini penting bagi memastikan tidak berlaku masalah kerugian dari segi kos atau wang ringgit dalam kalangan mahasiswa yang telah membeli tiket penerbangan untuk pulang ke kampus, kos sewa rumah dan sebagainya,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Mohd Izzat berkata pihak KPT perlu mengeluarkan pekeliling yang konsisten agar tidak merugikan banyak pihak dengan memberi tarikh dan jangka tempoh yang jelas bagi mahasiswa pulang ke kampus pada Mac 2021.

Dengan berbuat demikian, mahasiswa dapat bersedia lebih awal sebelum pulang ke kampus dan dapat menyediakan wang yang cukup bagi membiayai tiket penerbangan mereka nanti.

Kerajaan pertimbangkan kos pengangkutan dan swab test

Mohd Izzat juga memohon agar pihak kementerian mempertimbangkan untuk berkerjasama dengan syarikat pengangkutan atau penerbangan atau yang berkaitan bagi mendapatkan harga berpatutan.

“Mahasiswa sebagai salah satu anggota masyarakat tidak terkecuali untuk terkesan secara ekonomi dengan penularan Covid-19.

“Bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri baru-baru ini turut menambah lagi beban ekonomi rakyat.”

Beliau juga mengharapkan agar kerajaan menanggung kos swab test yang diwajibkan untuk semua mahasiswa yang terlibat dalam pergerakan pulang ke kampus pada Mac 2021 nanti.

Penglibatan wakil mahasiswa dalam perbincangan berkaitan standard operating procedure di peringkat KPT dan universiti

Mohd Izzat berkata badan Pelajar seperti Kesatuan Mahasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) wajar dilibatkan dalam segala perbincangan berkaitan Standard Operating Procedur (SOP) di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Universiti.

“Ini bagi memastikan segala SOP yang ditetapkan tidak hanya melihat daripada perspektif KPT tetapi turut melibatkan perspektif mahasiswa yang akan terkesan secara terus dengan apa-apa keputusan.”

Kenyataan bersama ini juga disokong oleh:
  1. SUARA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  2. PERSATUAN BELIA HARMONI MALAYSIA
  3. KESATUAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA (KMUM)
  4. SUARA SISWA UNIVERSITI MALAYA
  5. ANGKATAN MAHASISWA UNIVERSITI MALAYA
  6. DEMOKRAT UNIVERSITI MALAYA
  7. UMANY
  8. SUARA MAHASISWA UTHM
  9. MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
  10. DEMOKRAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
  11. PERSATUAN KEBANGSAAN PELAJAR ISLAM MALAYSIA
  12. KELAB SASTERA MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.