APMM rampas 103,460 batang rokok di Sandakan.

SANDAKAN:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Sandakan berjaya merampas sejumlah 103,460 batang rokok putih dan kretek tidak bercukai .

Pengarah Zon Maritim Sandakan Kepten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata sebuah bot
peronda Maritim Malaysia diaturgerak bagi melakukan serbuan ke atas premis di Perkampungan Air Batu 3 yang disyaki dijadikan tempat penyimpanan rokok seludup.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit pada jam 2.00 pagi semalam menemui lebih kurang 103,460 batang rokok putih serta kretek tidak bercukai disembunyikan di ruangan dinding dan lantai premis berkenaan.

“Rokok pelbagai jenama yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM18,978.00 tanpa cukai, manakala cukai rokok dianggarkan bernilai RM70,181.00.”

Zainudin berkata rokok-rokok ini dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk dijual secara haram di pasaran tempatan.


Rampasan rokok diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1) (d), Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang 10 kali ganda nilai atau RM100,000 (yang mana lebih tinggi) dan denda tidak lebih 20 kali ganda nilai suapan atau RM500,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

“Maritim Malaysia Sandakan akan sentiasa terus meningkatkan kawalan di persempadanan perairan negara terutamanya dalam memerangi penularan COVID19 ke Sabah disamping membanteras aktiviti penyeludupan, pencerobohan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan lain-lain kegiatan jenayah di dalam Zon Maritim Malaysia.

“Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504.

“Orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin di talian hotline National Task Force (NTF) 011-62511223.”

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.