Education

UMS bersedia menerima 6,000 pelajar mulai Mac.


KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia untuk menangani 6,395 pelajar yang akan mendaftar masuk mulai March 1 sehingga March 4.

Menurut rekod, seramai 6,022 akan mendaftar di UMS Kota Kinabalu, 205 pelajar di UMS Sandakan dan 168 orang di UMSKAL.

Untuk lima kolej-kolej kediaman, UMS Kampus Kota Kinabalu mampu memuatkan 7,834 pelajar, sementara di kampus Sandakan dan UMS Kampus Antarabangsa Labuan masing-masing boleh memuatkan 954 dan 1,739 pelajar.


“Para pelajar terlebih dahulu perlu mengisi borang UMS-Shield, sebuah aplikasi atas talian
yang dibangunkan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama Fakulti Komputeran dan
Infomatik (FKI) UMS bagi tujuan pencegahan penularan pandemik Covid-19.

“Sebelum memasuki perkarangan kampus, pelajar perlu mendaftar di pagar utama dan
kawasan Drop Zone melalui imbasan kod QR menggunakan aplikasi My Sejahtera.

“Pada masa sama, pelajar juga wajib mengimbas kod QR menggunakan UMS Smart Hadir,
sebuah aplikasi yang dihasilkan universiti ini bagi tujuan pengesahan kehadiran dan
merekodkan lokasi yang dikunjungi menggunakan teknologi GPS.

Photo by Ingo Joseph on Pexels.com

“Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store bagi pengguna telefon android dan App Store
bagi pengguna Iphone,” demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.


Menurut kenyataan itu lagi, pelajar yang berasal dari Sabah perlu menjalani ujian swab
ketika mendaftar.


Sementara itu, mereka yang memperoleh warna merah (berisiko tinggi) dalam penilaian
UMS-Shield akan diasingkan untuk dirujuk ke Pusat Rawatan Warga (PRW) UMS.


“Pelajar yang mendapat warna hijau (berisiko rendah) dan warna kuning (berisiko
sederhana) pula dibenarkan masuk ke kampus namun diwajibkan membuat imbasan kod QR
pada setiap destinasi.


“Kesemua pelajar sama ada pelajar tempatan atau berasal dari luar Sabah diwajibkan
menjalani proses pengasingan selama 10 hari.

UMS

“UMS juga telah mengenal pasti kawasan pengasingan dan kuarantin sekiranya terdapat kes
bergejala yang memerlukan pemerhatian lanjut dan ujian swab susulan,” ujar kenyataan itu
lagi.


Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sama digunapakai di UMS Sandakan dan UMS
Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).


Mengulas lanjut, kenyataan itu juga memaklumkan pelaksanaan kuliah adalah secara hibrid
iaitu fizikal dan dalam talian mengikut keperluan kursus yang diikuti.


Pelajar tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkumpulan pada skala besar, sentiasa memakai
pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau cecair pembasmi kuman yang disediakan di setiap bangunan kampus termasuk di
kolej-kolej kediaman UMS.


Kesemua pelajar wajib mengimbas suhu serta kod QR My Sejahtera dan UMS Smart Hadir
apabila berurusan di mana-mana kawasan universiti.


Pembersihan dan disinfeksi ruang juga perlu dilakukan sebelum dan selepas sesuatu aktiviti,
dan pematuhan terhadap semua peraturan serta arahan yang dikuatkuasakan pihak
berkuasa di dalam UMS dari semasa ke semasa, tambah kenyataan itu.

Sehubungan itu, ibu bapa atau para pelajar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh
menghubungi Pejabat Hal Ehwal Pelajar UMS di talian 088-320060, atau facebook Laman
Rasmi Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS, atau melalui e-mel pejhep@ums.edu.my.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.