PENAMPANG: Sabah mencatatkan dua kluster baru melibatkan pekerja restoran di Penampang.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Kluster Lot Satu mencatatkan sembilan (9) kes positif COVID-19.
“Kes indeks merupakan pekerja restoran di Pekan Donggonggon yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 14 Februari 2021.
“Jumlah kumulatif ini berjaya dikesan selepas saringan kontak rapat dan tempat kerja dijalankan,” beliau berkata di satu kenyataan media.
Manakala Kluster Lot Tujuh merekodkan jumlah kumulatif lapan (8) kes pada hari ini.
Kes indeks merupakan pekerja restoran di Jalan Pintas hasil saringan bergejala pada 16 Februari 2021.
“Saringan kontak rapat dan tempat kerja masih giat dijalankan bagi mengesan penularan kes jangkitan.”
Hari ini, terdapat 114 kes Covid-19 baru dan 3 kematian.