KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor akan menerima vaksin Covid-19 selepas pelancaran vaksinasi COVID -19 Peringkat Negeri Sabah yang dirancang pada 4 Mac 2021.
Jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata penghantaran pertama vaksin Covid-19 dijangka akan tiba di Sabah pada 25 Feb 2021 (Khamis ini) .
Samada Hajiji akan menjadi orang pertama yang akan menerima vaksin Covid-19, Masidi berkata ia akan terpulang dengan budi bicara pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
Setakat ini, 109 buah pusat pemberian vaksin telah dikenalpasti dan akan terlibat dalam pemberian vaksin di seluruh negeri.
“Jumlah Pusat Pemberian Vaksin ini akan diteliti keperluannya dari semasa ke semasa oleh Pasukan Petugas Imunisasi COVID-19 (CITF) peringkat daerah masing-masing.”