Community

Sesi bimbangan pembelajaran percuma #save2020spm

KOTA KINABALU: IKHLAS bekerjasama dengan AskBee.my, aplikasi bimbingan pelajaran peribadi pertama melalui video untuk membantu lebih 2,000 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM melalui kempen #Save2020SPM.  

Kempen ini juga disokong oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menaja 2,000 kad SIM Tune Talk percuma termasuk data sebanyak 10GB dan akan diagihkan oleh IKHLAS.

Selain itu, para pelajar juga akan menerima 20 sesi bimbingan pembelajaran peribadi dalam talian percuma secara langsung daripada sukarelawan yang terdiri daripada barisan guru dan pelajar sarjana muda di platform AskBee.My. 

Pelajar SPM 2020 di seluruh negara yang berminat untuk menyertai kempen #Save2020SPM boleh mendaftar di sini.

Selepas mendaftar, mereka akan menerima kad sim Tune Talk percuma dalam masa tiga hari bekerja serta baucar Askbee melalui e-mel dengan arahan untuk menebus 20 sesi bimbingan pembelajaran peribadi dalam talian secara percuma. Kempen adalah terhad berdasarkan pendaftar terawal. 

“Pandemik ini bukan sahaja menjejaskan perniagaan dan mata pencarian, tetapi juga sistem pendidikan negara.

“Ramai pelajar terutamanya yang menduduki peperiksaan SPM masih tidak dapat mengakses pembelajaran dalam talian, jadi kami ingin membantu mereka.

Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

“Bersama AskBee, kami berharap kempen #Save2020SPM ini akan meringankan beban mereka untuk mengakses pembelajaran dalam talian dan latihan berkenaan supaya mereka boleh fokus dalam mengulang kaji pelajaran untuk peperiksaan tersebut. Kami juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar SPM 2020!”

Sejak kempen ini dilancarkan pada bulan Januari, IKHLAS telah mengumpul sebanyak RM40,000 yang akan digunakan untuk menyediakan bimbingan pembelajaran peribadi dalam talian, yuran platform pembelajaran dalam talian dan bantuan pendidikan kepada badan-badan bukan kerajaan.

Kempen ini masih dijalankan sehingga 25 Mac 2021 dan sumbangan boleh dihulurkan di ikhlas.com

Untuk maklumat lanjut mengenai tabung bantuan dan inisiatif akan datang, layari ikhlas.com, atau laman sosial di Instagram ikhlasdotcom dan Facebook ikhlasdotcom.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.