Pelajar Sabah Tajaan PETRONAS di UK sambut Tahun Baru Cina secara maya

Keluarga adalah antara yang menjadi ingatan khususnya setiap kali tiba musim perayaan bagi mereka yang tinggal berjauhan, lebih-lebih lagi mereka yang berada di perantauan seperti pelajar tajaan PETRONAS di luar negara.

Christine and her flatmate celebrated the first day of CNY by ordering a dinner take-out with some mandarin oranges.
Christine and her flatmate celebrated the first day of CNY by ordering a dinner take-out with some mandarin oranges.


Bagi dua orang pelajar Sabah yang sedang menuntut di United Kingdom di bawah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP), sambutan Tahun Baru Cina tahun ini tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan sejak 6 Januari 2021 bagi membendung penularan COVID-19.

Berada jauh daripada keluarga dan dengan pergerakan yang terhad, mereka menyambut kedatangan tahun baru secara sederhana di kediaman kampus masing- masing.

“Tahun ini saya hanya menyambutnya dengan rakan serumah. Saya memasak juadah yang ringkas, menghubungi ibu bapa saya di Sabah untuk mengucapkan selamat tahun baru Cina, dan berkongsi gambar masakan saya,” kata Mantra Kiandee, 24, pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Kimia di University of Manchester.

Mantra Kiandee.

Sudah menjadi tradisi bagi keluarga Mantra untuk menyambut Tahun Baru Cina. Ibunya berbangsa Cina dari Kedah manakala bapanya etnik Orang Sungai dari Beluran.

Mantra berkata sudah menjadi kebiasaan bagi dia dan rakan-rakan sekampus untuk merayakan sambutan bersama-sama, sama ada Tahun Baru Cina, Aidiladha mahupun Deepavali.

“Bagaimanapun, tahun ini, kami tidak dapat berkumpul kerana sekatan yang dikenakan,” kata Mantra yang kali terakhir merayakan Tahun Baru Cina bersama keluarga pada tahun 2017 sebelum berlepas ke UK.

Sekatan yang dilaksanakan di seluruh UK tidak mematahkan azam Mantra untuk menamatkan pengajian dengan jayanya tahun ini.

Rakannya, Christine Chong Tze Ching, 24, yang juga pelajar tajaan PETRONAS, berkata suasana perayaan kali ini agak berbeza.


Pelajar tahun akhir jurusan undang-undang di University of Warwick itu berkata pada kebiasaannya dia dan rakan-rakan sekampus akan makan bersama dengan pelbagai juadah termasuk “yee sang”.


“Tapi tahun ini nampaknya tiadalah sambutan seperti itu. Bagaimanapun, saya merayakannya juga bersama keluarga saya secara maya. Untuk saya di sini, saya memesan makanan dan menonton filem bersama seorang rakan saya yang turut merayakan sambutan itu,” kata Christine yang berasal dari Kepayan, dekat Kota Kinabalu.

“Walaupun tahun ini kurang meriah, tetap ada kenangan manis semasa merayakan sambutan ini jauh dari tanah air,” katanya.


Mantra dan Christine ditawarkan PESP pada tahun 2015 selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun sebelumnya. Mereka mengikuti program A-Level di Kolej Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan, sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti masing-masing di UK.

Christine, yang juga akan menamatkan pengajiannya tahun ini, turut berkongsi cabaran yang dihadapinya berikutan pelaksnaan sekatan di negara itu.

“Semua kelas kini diadakan secara dalam talian. Sebenarnya, saya lebih selesa mengikuti kelas secara fizikal kerana kursus saya berorientasikan perbincangan,” katanya.


Mantra dan Christine bersyukur kerana pegawai penasihat pelajar dari PETRONAS sentiasa berhubung dengan mereka serta pelajar PESP yang lain untuk mengetahui perkembangan mereka.

Sumber kenyataan media dan gambar :Perhubungan Media Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.