Pendaki gunung Kinabalu perlu buat swab test.

KOTA KINABALU: Pendaki Gunung Kinabalu diwajibkan menjalani saringan swab test tiga hari sebelum tarikh pendakian.

Taman-Taman Sabah, dalam kenyataannya memaklumkan bahawa gunung tersebut akan mula dibuka Jumaat ini dan hanya akan membenarkan mereka yang berkeputusan negatif untuk mendaki.

Pendaki perlu mengemukakan keputusan ujian yang negatif pada hari pendakian sebelum jam 10am. Sekiranya terlewat, bayaran tempahan tidak akan dikembalikan.

Pendakian di Gunung Kinabalu turut dihadkan kepada 100 pendaki, manakala tiada had umur ditetapkan asalkan sudah menjalani ujian calitan COVID-19 dengan keputusan negatif.

Selain mereka yang buat tempahan, walk-in juga dibenarkan sekiranya keputusan Covid-19 adalah negatif.

Taman-Taman Sabah turut menerima pengesahan pemvaksinan bagi individu yang sudah menerima vaksin COVID-19 sebagai kebenaran untuk mendaki tanpa perlu menjalani ujian calitan.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.