Community

Taufiq: IPT Perlu Peka Kemudahan Pelajar OKU

KOTA KINABALU: Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu peka terhadap kemudahan yang perlu disediakan kepada golongan pelajar Orang Kurang Upaya (OKU) bagi memastikan kebajikan dan keselamatan mereka terjamin.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata, Dasar Inklusif OKU di IPT yang telah diumumkan pada tahun 2019 menunjukkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) amat mengambil berat tentang keperluan pendidikan para pelajar OKU.

Katanya, dasar tersebut telah mencetuskan kesedaran bahawa golongan OKU juga perlu diberikan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat universiti sekiranya memenuhi syarat-syarat dan lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Diploma dan sebagainya. 

“Paling utama ialah cara penyampaian Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) disediakan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan golongan istemewa ini.

“Sehubungan itu, di pihak UMS, pengurusan universiti akan sentiasa berusaha bagi memastikan keperluan mereka sentiasa ditambah baik daripada masa ke masa. 

“Pendekatan menang-menang antara pensyarah-pelajar dalam konteks ini perlu dititikberatkan agar mereka tidak ketinggalan berbanding pelajar sempurna,” katanya. 

Beliau berkata demikian sempena perasmian Majlis Program Memperkasakan Pelajar OKU Dalam Dunia Pendidikan di IPT 2021 di Galeri Majlis, UMS dan turut disiarkan secara dalam talian melalui platform laman facebook rasmi UMS.Official saluran YouTube UMS.Net dan aplikasi Cisco Webex. 

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMS, Prof. Madya Dr. Raman Noordin. 

UMS meningkatkan keupayaan universiti untuk pelajar OKU

Taufiq menambah, dengan jumlah melebihi 600 ribu orang OKU yang berdaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukan bahawa pendidikan merupakan perkara asas yang perlu dipenuhi dalam hidup mereka seperti orang biasa.

Menyentuh mengenai program tersebut, Taufiq memaklumkan program itu diadakan bertujuan sebagai medan percambahan minda untuk meningkatkan keupayaan universiti dalam membuat penambahbaikan terhadap keperluan prasarana golongan pelajar OKU di kampus. 

“Ini meliputi kemudahan infrastruktur dan aksesibiliti, keperluan kepada kelengkapan PdP, sokongan sosial dan tadbir urus yang lain agar universiti lebih mesra OKU. 

“Saya yakin perkongsian ilmu sebegini akan dapat memberi kesan yang positif kepada keperluan dalam memperkasakan pelajar OKU di IPT,” ujar Taufiq. 

Program wacana ilmiah dianjurkan Pusat Pengurusan OKU UMS dengan kerjasama Pusat Pengurusan Strategik dan Komunikasi Korporat, melibatkan tiga panel yang terdiri daripada Ketua Unit Perkhidmatan OKU Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Rozita Mohd Amin; Pensyarah Kanan Universiti Malaya, Dr Ahmad Shamsuri Muhamad; dan Alumni UMS, Dr Tia Jia Long.

Program tersebut dikendalikan pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan UMS, Noorma Razali dan turut dihadiri Pengarah Pusat Pengurusan OKU UMS, Dr. Zaiton Mohamad. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.