KOTA KINABALU: Pesakit kanser, guru sekolah dan pelajar menjadi kes indeks untuk tiga kluster di Sabah pada minggu ini.
Seorang wanita yang ingin menjalani kemoterapi di sebuah pusat perubatan Tawau telah disahkan dijangkiti Covid-19.
Pesakit berumur 46 tahun itu menjadi kes indeks kepada Kluster Taman Ria Enam di Tawau .
Pada 5 March, wanita dan keluarga telah adakan makan-makan di restoran bersama lebih kurang 20 orang.
Kluster di Sipitang yang diberi nama Kampung Malaman melibatkan seorang guru sekolah rendah yang dikesan positif Covid-19 apabila membuat saringan untuk dimasukkan wad. wanita berumur 37-tahun yang tengah mengandung mengalami pendarahan.
Siasatan mendapati 4 guru, seorang pekerja kantin dan 7 murid, serta kontak rapat kes index juga telah dijangkiti.
Manakala bagi kes di Keningau, kluster Kampung Padang Tembak pelajar berumur 15 tahun telah didapati positif apabila membuat saringan semasa ingin pergi ke Labuan.
Melalui penelitian, jangkitan tersebut tersebar disebabkan aktiviti rentas negeri yang dilakukan oleh ahli keluarga pelajar tersebut.
Selain itu, keluarga tersebut juga kerap mengunjungi rumah saudara mara di Kampung Padang Tembak, Keningau.
[…] daily Covid-19 cases remain at two-digit with several clusters detected in Tawau, Sipitang and […]
LikeLike