Peniaga, pengunjung Tamu Manggatal daftar terima vaksin

KOTA KINABALU: Rindu dengan suasana meriah tamu sebelum dilanda pandemik Covid-19 menyebabkan peniaga dan pengunjung Tamu Pekan Manggatal secara sukarela mendaftar Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Ahad lalu.

Rata-rata peniaga dan pengunjung melakukan pendaftaran secara manual dan aplikasi MySejahtera dengan harapan selepas menerima vaksin Covid-19 nanti mereka tidak perlu bimbang lagi terdedah dengan jangkitan Covid-19.

Seorang peniaga, Mardea Poliang, 41, berkata, dia berasa lega setelah berjaya mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19.

“Sebagai peniaga, saya sentiasa terdedah dengan jangkitan yang boleh menyebabkan saya dijangkiti atau menjangkiti orang lain.

“Pada mulanya saya fikir imunisasi ini hanya untuk warganegara sahaja, tetapi selepas mendengar hebahan dan penerangan yang diberikan oleh kakitangan Jabatan Penerangan barulah saya tahu bahawa pemegang pasport seperti saya juga boleh mendaftar,” katanya.

Mardea Poliang, 41,  antara peniaga di Tamu Manggatal mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19 di Kota Kinabal
Mardea Poliang, 41, antara peniaga di Tamu Manggatal mendaftarkan diri sebagai penerima vaksin Covid-19 di Kota Kinabalu.

Menurut seorang lagi penduduk kampung, Fredoline, 65, dia tidak sabar untuk bebas dari pendemik Covid-19.

“Selepas lebih setahun hidup dalam ‘ketakutan’, saya melihat program pemberian vaksin ini sebagai harapan baru untuk saya kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya berterima kasih kepada Jabatan Penerangan Sabah yang menganjurkan program hari ini kerana ia amat membantu kami untuk mendaftar memandangkan agak sukar membuat pendaftaran di sesetengah perkampungan di sini kerana ada yang tidak menggunakan telefon pintar selain tiada liputan talian telefon dan internet yang baik,” katanya.

Fredoline antara pengunjung yang datang untuk membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 di Tamu Manggatal, Kota Kinabalu.
Fredoline antara pengunjung yang datang untuk membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin Covid-19 di Tamu Manggatal, Kota Kinabalu.

Fredoline berkata, sebaik sahaja dimaklumkan ada kaunter pendaftaran dibuka di Tamu Pekan Inanam pada minggu lalu, dia bergegas untuk mendaftarkan diri.

“Hari ini saya datang sekali lagi untuk mendaftarkan isteri pula,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Tamu Pekan Manggatal, Renddy @ Kimus Onsih, berharap semua peniaga di tamu berkenaan mengambil peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk mendaftar bagi memastikan rantaian jangkitan Covid-19 dapat diputuskan.

“Tamu adalah medan pertemuan orang ramai untuk membeli keperluan harian. Oleh itu, saya berharap peniaga menjalankan tanggungjawab mendaftar sebagai penerima vaksin bagi keselamatan diri dan juga pelanggan.

“Saya akan memastikan lebih 900 orang peniaga yang berada di bawah jagaan saya untuk mendaftar demi kebaikan bersama,” tegasnya.

Terdahulu, program bermula jam 7 pagi itu turut mendapat kerjasama daripada pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Kota KInabalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Hadir sama pada program berkenaan adalah Pemimpin Pembangunan Masyarakat Inanam, Datuk William Majimbun dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Hasmawati Karodda

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.