MaGIC bekerjasama dengan SCEIC membangunkan bakat Sabah melalui USC

KOTA KINABALU: Pusat Kreativiti dan Inovasi Global Malaysia (MaGIC) menyasarkan untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat tempatan dengan menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar di Sabah.

Bagi mencapai sasaran itu, MaGIC bekerjasama dengan Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCEIC) untuk menganjurkan University Startup Challenge (USF) 2021.

Ketua Pengawai Eksekutif MaGIC Dzuleira Abu Bakar

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Dzuleira Abu Bakar, berkata pihaknya sentiasa menjadi penyokong kepada pembinaan kapasiti untuk membantu syarikat permulaan yang kalis masa depan dan memperbaiki kemasukan dalam pasaran selain meningkatkan nilai ciptaan dari segi hasil dan pelaburan.

“Namun, MaGIC tidak dapat melakukan sesuatu secara bersendirian. Membina ekosistem syarikat permulaan yang bersemangat dan mapan di peringkat nasional, wilayah dan global memerlukan usaha bersepadu daripada semua rakan kongsi – daripada usahawan dan korporat kepada pengawal selia dan pengguna – memandangkan kita cuba membangunkan penyelesaian secara inovatif untuk berdepan dengan cabaran yang datang.

“Kita perlu memiliki platform dan perbincangan terbuka untuk membawa orang yang betul bersama dan merancang lebih banyak penyelesaian yang berkesan.

“Ini lebih penting memandangkan setiap pemain memiliki sumber yang terbatas. Dengan bantuan rakan yang betul dan mempunyai pemikiran yang sama , kita boleh menentukan penyelesaian dan menerima kesan yang besar,” katanya sambil menambah kerjasama dengan SCEIC membolehkan MaGIC meluaskan inisiatif agensi itu.

USC ialah program syarikat permulaan yang membabitkan pelajar berumur antara 18 hingga 35 tahun, merangkumi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Malaysia.

Sepanjang enam bulan cabaran itu dilaksanakan, ia dijangka melancarkan enam perkhemahan idea secara dalam talian, empat bootcamp secara dalam talian dan satu bengkel “pitching”.

“Program ini mempunyai sasaran serampang dua mata iaitu mewujudkan budaya inovasi yang terus berkembang maju di Malaysia dengan membina syarikat permulaan yang besar dan meningkatkan potensi masa depan serta bakat berkualiti dengan pemikiran keusahawanan.

“Dengan menyediakan sistem sokongan yang diperlukan kepada pengasas masa depan, ia bermakna memberikan inovasi ekonomi peluang terbaik untuk mencari inovasi yang benar-benar memberikan kesan,” katanya.

USC dilancarkan pada 2019 sebagai sebahagian daripada inisiatif pemantapan belia secara menyeluruh oleh MaGIC dengan lebih 300 pelajar mendapat manfaat daripada cabaran itu setakat ini.

Pengurus Besar SCEIC Viviantie Sarjuni.

Sementara itu, Pengurus Besar SCEIC, Viviantie Sarjuni, berkata pihaknya bekerjasama dengan MaGIC untuk mempromosikan USC 2021 dan melaksanakan pengambilan di Sabah melalui semua platform.

Katanya, pelajar di Sabah wajar mengambil bahagian dalam cabaran itu di samping program yang boleh didapati di IPTA atau IPTS.

“Ia sesuatu yang mustahak untuk pelajar didedahkan kepada peluang dari luar. Mereka perlu dihubungkan dengan mentor terbaik daripada industri supaya mereka boleh mempelajari lebih banyak mengenai apa yang berlaku di luar institusi mereka dan di dunia sebenar.

“Pengalaman ini boleh digunakan apabila mereka sudah menamatkan pengajian dan mula mencari kerja.

“Idea yang mereka cadangkan melalui USC juga boleh dikembangkan dan berpotensi menjana pendapatan selain menyediakan pekerjaan kepada yang lain,” katanya sambil berharap sekurang-kurangnya 300 pelajar menyertai cabaran itu.

Katanya, permohonan untuk menyertai USC 2021 dibuka menerusi enam sesi yang dilaksanakan di seluruh negara sehingga Mei depan.

Sesi pertama, katanya akan bermula pada 17 dan 18 April ini.

Maklumat lanjut mengenai USC 2021 boleh diperolehi menerusi laman sesawang www.mymagic.my/usc.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.