Guru besar cetus kluster di Tawau.

TAWAU: Seorang guru besar di Tawau menjadi index kes Kluster Rich Park.

Menurut jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, Kluster tersebut bertambah 10 kes baharu 
menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes.

“Kes indeks merupakan guru besar 
sekolah rendah, lelaki, 58 tahun, dari Taman Rich Park.

“Kes indeks disahkan positif COVID-19 selepas menjalani saringan bergejala di klinik swasta pada 1  April 2021.

“Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan 
ketika menghadiri majlis kenduri kahwin ahli keluarga di tiga lokasi berbeza iaitu 
Taman Rich Park dan Taman Ria Tawau pada 26 Mac 2021 (30 orang setiap 
lokasi), sebelum menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka melibatkan 
kehadiran 200 orang,” beliau berkata di satu kenyataan media.

Selain itu, kes indeks juga telah menghadiri mesyuarat yang 
dihadiri sekurang-kurangnya 50 orang.

Sehingga hari ini, 95 orang telah disaring  dan 12 orang didapati positif.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.