593 pegawai, anggota JBPM Sabah selesai divaksin

KOTA KINABALU: Seramai 593 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah telah selesai menjalani proses vaksinasi Covid-19 bagi fasa pertama.

Pengarahnya, Kamarulzaman Malik Abdullah berkata, seramai 863 anggota JBPM Sabah telah didaftarkan untuk mendapatkan vaksin dan daripada jumlah itu seramai 593 telah selesai divaksin bagi dos kedua.

“593 yang telah divaksin ini adalah mereka yang terlibat sebagai frontliners, mereka yang pergi ke operasi menyelamat atau sanitasi awam serta di pusat pemindahan Kes Yang Disyaki (PUI) atau Pesakit Dalam Pemantauan (PUS).

“Manakala baki jumlah itu akan bermula dalam fasa kedua pada bulan ini dan Insya-ALLAH semua 893 anggota akan menerima vaksin itu nanti,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Datuk Soiman Jahid, di Ibu Pejabat JBPM Sabah, semalam.

Diminta mengulas berhubung pematuhan prosedur operasi standard (SOP), Kamarulzaman berkata, walaupun semua anggota dan pegawai bomba telah divaksin namun SOP yang sama perlu diamalkan.

“Kami harus ikut SOP walaupun telah divaksin. SOP tetap sama,” katanya.

Terdahulu, beliau dalam pada itu turut berpuas hati dengan pelaksanaan vaksinasi yang dilakukan terhadap anggota dan pegawai JBPM di Sabah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.