Kenyataan Jaafar Abd Wahid
KOTA KINABALU : Punca utama gangguan bekalan air di Kota Kinabalu adalah disebabkan keadaan di Loji Rawatan Air Telibong Tamparuli.
Keadaan tersebut telah mengganggu kehidupan penduduk terutamanya i Bandar Sierra ,Taman Rimba dan Unversiti Aprtment beberapa hari yang lalu.
Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Bung Moktar Radin ( gambar) berkata disebabkan gangguan bekalan elektrik, ia telah mengakibatkan loji tidak dapat berfungsi seratus peratus selama 3 jam untuk membekalkan air bersih ke kawasan yang terlibat.
“ Selain itu pada Kahmis (8 April) kekeruhan air sungai adalah teruk maka loji terpaksa ditutup dari beroperasi selama 5 Jam.”,katanya ketika dihubungi di sini bagi mengulas rungutan penduduk yang terjejas bekalan air bersih.
Menteri kerja Raya Sabah juga berkata, keadaan bertambah buruk ekoran keadaan bekalan semasa air di Kawasan Utara Kota Kinabalu yang mengalami kekurangan sebanyak 30 peratus pengeluaran berbanding dengan permintaan dan gangguan di loji terlibat memberikan kesan langsung kepada penduduk kerana permintaan yang tinggi melebihi pengeluaran air terutamanya di waktu penghujung minggu.

“ Kita memahami masalah serta kesulitan penduduk yang terlibat , oleh itu penyelasaian serta merta untuk jangka masa pendek , Jabatan Air Sabah menghantar bekalan air menggunakan lori ke Bandar Sierra dan Taman Rimba sementara penyelasaian jangka panjang ialah pembinaan Loji Rawatan Air Telibong 2 Fasa 2 yang dijangka siap pada tahun 2023” Tambah Bung.
Loji air mula stabil dan bekalan dijangka akan pulih selewat-lewatnya selasa.
Bung menambah pada kemarin ( Sabtu) keadaan loji mula stabil dan dijangka hari ini (Ahad) air akan mula masuk ke dalam tangki dan selewat-lewatnya Isnin atau Selasa ini bekalan air akan pulih seperti sediakala.
“Kita berharap tiada lagi gangguan bekalan elektrik selain tidak berlakunya kekeruhan air dalam beberapa hari ini bagi mempastikan kelancaran bekalan air dan bagi pihak Kementerian kami memohon maaf diatas kesulitan yang dialami oleh pengguna ” jelas Bung.