PUTATAN: Seorang Ketua Anak Negeri cetus kluster Meruntum di Putatan setelah menghadiri majlis aqiqah dan kursus di majlis Daerah Putatan.
“Kluster Meruntum di Putatan merekodkan dua (2) kes baharu positif COVID-19 pada hari ini iaitu satu (1) di Putatan dan satu (1) lagi di Penampang, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak lapan (8) kes.
“Kluster ini juga mengaitkan satu (1) kes (generasi kedua) yang dilaporkan di luar daerah Penampang,” kata jurucakap Covid-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.
Beliau juga berkata 71 kontak rapat kes indeks yang disaring sehingga 09 April 2021, di mana lapan (8) orang disahkan positif sementara 62 orang lagi masih menunggu keputusan.
Lapan lokaliti daerah Tawau di bawah perintah PKPD

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Masidi berkata kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan (8) lokaliti di Daerah Tawau.
PKPD akan bermula dari 12 April hingga 25 April 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.
Lapan (8) lokaliti di daerah Tawau adalah Tmn Sri Bukit Tawau, Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Bandar Sri Indah, Jalan Mesra, Kampung Titingan, Taman Golden Hill.
“Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 76 kes positif COVID-19 dan 220 orang kontak rapat telah dikesan dalam 8 lokaliti tersebut.
“KKM juga mengesahkan telah berlaku penularan jangkitan COVID-19 di lokaliti di atas dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.”